Bagaimana menambah bulan siri kutipan yang baru

Proses menambah bulan siri kutipan yang baru
Setelah menekan <Tambah Bulan>, 

Bagaimana menetapkan pembolehubah siri kutipan

Menu Utama Guru Bimbingan
Untuk menambah bulan siri kutipan, login sebagai guru bimbingan sekolah. Pergi ke block <Menu Utama> dan klik <Pembolehubah Siri>. Selepas itu anda akan dapati beberapa bulan siri kutipan. Untuk menambah bulan kutipan, tekan <Tambah Bulan>.

Senarai bulan siri kutipan online.
Terdapat beberapa lajur yang perlukan anda tahu maksudnya. <Siri Kutipan> bermaksud bulan kutipan tersebut. Untuk sistem ini, anda boleh menulis nama bulan diikuti tahun. Contohnya Julai 2013. Atau untuk memudahkan anda menyelia data pada kemudian hari, format begini boleh juga ditulis, tahun diikuti palang dan nama bulan. Contohnya 2013/07. <Tarikh Ujian> bermaksud hari di mana responden murid-murid menjawab Instrumen Indeks Persepsi Murid. <Bil Responden> bermaksud jumlah responden murid yang terlibat dalam Instrumen Indeks Persepsi Murid dalam bulan berkenaan. Biasanya jumlah responden yang menjawab online akan diperoleh melalui menu Analisa Responden pada akhir sesi soal selidik online. <Markah Penuh Responden> adalah Bilangan Responden x Markah Penuh Instrumen iaitu 60. Contohnya, sekiranya bilangan responden adalah 30 murid, maka medan Markah Penuh Responden perlu ditulis 1800. (hasil darab 30 dan 60). Medan <Papar> digunakan untuk menyenaraikan bulan kutipan untuk dilihat oleh Login Murid dan Login Guru. Letakkan nilai 1 untuk membuka siri kutipan, nilai 0 untuk menutup atau mengakhiri kutipan bulan tersebut. Medan <Susun> cuma perlu diletakkan integer yang sesuai.

Login sebagai Guru Bimbingan Kaunseling

Pilihan menu login sebagai Guru Bimbingan Kaunseling
Setelah login sebagai Guru Bimbingan Kaunseling, terdapat beberapa imej tambahan. Imej berulang login sebagai murid dan guru juga boleh dilihat di sini iaitu imej <kertas kosong>, imej <orang bertiga>, imej <orang berbaju biru>. Menu tambahan adalah seperti imej <kertas kosong ke2> mewakili evidens instrumen indeks persepsi murid, imej <kamera webcam> merangkumi instrumen pemantauan, imej <kotak hijau> mewakili skor guru penyayang sekolah, imej <kotak biru> merangkumi skor keseluruhan instrumen dan imej <orang dan kertas> mewakili analisa jenis responden.

Eviden Instrumen Indeks Persepsi Murid
Semua yang diisi secara online oleh murid mahupun guru boleh dicetak. Itupun jika ada banyak ink printer ya, haha. Sekiranya 100 responden murid membuat pengisian secara online, adakah anda akan mencetak juga borang berkenaan sebanyak 100 kertas atau sekurang-kurangnya 50 kertas (page per sheet jadikan 2). Tidak semestinya anda harus mencetak kerana inilah gunanya sistem online. Data disimpan di dalam server, dan jika mahu diakses atau dilihat, kembali buka server dan klik menu ini.


Rekod pemantauan oleh pihak PPD/JPN/KPM/Nazir
Guru Bimbingan mempunyai autoriti untuk melihat borang pemantauan yang diisi oleh pemantau. Pemantau mungkin membawa borang Lampiran 5 untuk diisi. Arahkan mereka untuk mengisi secara online, dengan itu sistem guru penyayang milik sekolah anda lengkap dengan pemantauan secara online. Untuk tujuan latihan dan demonstrasi, fungsi <Hapus Rekod> diwujudkan, klik imej <pangkah> untuk menghapuskan rekod. Terlebih dahulu, sila tik baris rekod mana yang ingin dihapuskan.

Format penghantaran tahap indeks persepsi murid ke PPD/JPN jika diarah berbuat demikian.
Untuk melihat skor Indeks Persepsi Murid yang markah 45 ke atas (markah penuh instrumen adalah 60), halaman ini digunakan. Sistem akan mengira bilangan instrumen yang melebihi 45 mata dibahagikan pula dengan jumlah responden yang ada dan didarab dengan 100%. Peratus tersebut ditentukan untuk sekolah mencapai Tahap Indeks Persepsi Guru Penyayang sebenar.

Format penghantaran peratus skor keseluruhan ke PPD/JPN jika diarah berbuat demikian.
Halaman ini mungkin tidak berapa digunakan kerana ia menjumlahkan skor satu persatu instrumen yang dijawab oleh murid dibahagi dengan jumlah keseluruhan dan dijadikan peratus. Halaman ini diwujudkan kerana ada sesetengah yang ditaklimatkan di PPD masing-masing mengatakan bahawa ini adalah Tahap Indeks Persepsi Murid sedangkan mereka memberi taklimat yang tidak tepat formulanya. Untuk mencari Tahap Indeks Persepsi Murid sebenar, kita perlu mencari :

  • Bilangan instrumen murid yang mempunyai skor 45 ke atas. Katakan ada 5 rekod dijumpai
  • Bilangan 5 di atas dibahagikan dengan jumlah responden. Katakan jumlah murid yang menjawab untuk bulan berkenaan adalah 20 orang.
  • Nisbah 5/20 didarabkan dengan 100%. Kita akan dapat 25%.
  • Semak kategori 25%, ia jatuh dalam kategori mana.






Login sebagai Guru Akademik Biasa


Menu login sebagai guru.
Guru mempunyai akses untuk mengisi soal selidik Instrumen Pandangan Guru Terhadap Pelaksanaan Program Guru Penyayang dengan menekan imej <orang bertiga>. Tujuan instrumen ini adalah untuk mendapat maklumat awal berkaitan kefahaman seorang guru terhadap program guru penyayang ini.

Senarai borang pandangan guru yang telah disimpan dalam database sistem
Setelah menekan imej <orang bertiga>, guru akan dibawa kepada senarai maklumat instrumen pandangan guru. Guru boleh melihat rekod rakan sejawat menjawab instrumen yang sama. Ini adalah kerana semua instrumen bersifat anonymous, hanya yang mungkin membezakan setiap data yang disimpan adalah alamat IP pengguna berkenaan. Untuk mengisi soal selidik baru instrumen pandangan guru, klik <Tambah Soal Selidik>.

Borang online Instrumen Pandangan Guru

Terdapat 6 item yang perlu dijawab oleh guru. Guru cuma perlu menekan butang radio, sama ada Ya ataupun Tidak. Seterusnya klik <Hantar dan Simpan>. Skor akan dikira secara automatik.

Instrumen Penilaian Keberkesanan Program Mentor Mentee untuk diisi oleh Mentor
Untuk mengisi instrumen penilaian keberkesanan program mentor mentee (mentor), klik imej <orang baju biru> pada menu login guru. Guru akan dipaparkan maklumat instrumen mentor, guru perlu klik <Tambah Soal Selidik> untuk mengisi instrumen kosong. Terdapat 8 item yang perlu diisi oleh guru selaku mentor. Pengiraan mata dilakukan secara automatik. Klik <Hantar dan Simpan>.

Login sebagai murid

Murid perlu memilih Siri Kutipan dengan menekan Imej Kertas atau Orang.
Dapatkan akaun pengguna murid daripada guru yang menguruskan sistem guru penyayang di sekolah masing-masing. Setelah anda memasukkan ID dan Password, paparan menu akan kelihatan seperti di atas. Untuk mengisi Instrumen Indeks Persepsi Murid, klik imej <kertas putih>. Untuk mengisi Instrumen Penilaian Keberkesanan Program Mentor Mentee (Mentee), klik imej <orang berbaju biru>.

Paparan borang online Instrumen Indeks Persepsi Murid
Setelah memilih imej <kertas putih>, murid akan dipaparkan dengan Borang Instrumen Indeks Persepsi Murid. Murid perlu mengisi Nama Sekolah, Tahun/Darjah, Jantina dan Kaum. Seterusnya murid perlu menjawab 15 item. Sekiranya murid memerlukan pemahaman secara kontekstual, murid boleh menekan perkataan <gambar> dalam setiap baris item berkenaan. Gambar grafik yang hampir tepat dengan kehendak item akan dipaparkan. Murid perlu menekan butang radio sama ada Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.

Memaparkan maklumat instrumen yang telah diisi
Setiap borang instrumen yang telah diisi boleh dilihat semula melalui imej <mata>. Setiap borang yang telah diisi tidak boleh dihapuskan. Hanya login sebagai Guru Bimbingan boleh menghapuskan borang instrumen murid.

Borang Instrumen Penilaian Keberkesanan Program Mentor Mentee (Mentee)

Murid juga boleh mengisi Instrumen Penilaian Keberkesanan Program Mentor Mentee sebagai Mentee. Terdapat 8 item yang perlu diiyakan atau dinafikan. Mudah, cuma klik butang radio, dan klik <Hantar dan Simpan>. Pengiraan skor semuanya dilakukan oleh sistem.

Sistem Guru Penyayang Online

Guru Penyayang yang mula diperkenal di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2012 sememangnya menambah beban tugas guru. Borang instrumen perlu dicetak dan diagihkan kepada sekelompok murid yang bertuah untuk mengisi borang tersebut.

Selepas pengisian borang, guru perlu mengutip dan seterusnya mengira skor murid berkenaan. Bayangkan jika ada 100 murid atau 100 kertas yang perlu dihadap setiap bulan.

Adakah jalan mudah atau jalan pantas untuk menafikan kaedah tradisional ini? Ya, ada sekolah yang pantas membangunkan sistem masing-masing. Ada yang membangunkan borang menggunakan formula dan dimuatkan ke dalam Microsoft Excel. Murid-murid perlu menjawab dalam komputer, dan jika setting rangkaian tidak ditetapkan, maka hanya satu komputer pula yang perlu digunakan. Ini pula menambah waktu pengisian data kerana murid perlu beratur panjang untuk mengisi borang.

Blog ini adalah ilham saya sejak setahun lepas di mana sistem guru penyayang yang dibina menggunakan PHP dan MySQL dipasang di server-server sekolah secara Intranet. Namun pada pertengahan tahun 2013, saya telah menambahbaik sistem dengan membenarkan pemasangan secara terus dari pelayan dan sekolah boleh menyewa sistem ini pada harga serendah RM100/tahun. Promosi sistem buat masa ini adalah potongan sebanyak 50% tahun pertama, RM50 sahaja dikenakan sempena sambutan Hari Guru 2013. Promosi berakhir 31 Ogos 2013 dengan limit 20 buah sekolah sahaja! Cepat, jangan terlambat!

Layarilah blog ini untuk mendapatkan manual penggunaan sistem penuh. Terima kasih kerana menyokong produk asli bumiputera! Demonstrasi sistem guru penyayang online boleh dilayari di alamat url ini :

http://demo-gurupenyayang.teknologihijau.net

Cikgu Faiz