Login sebagai Guru Bimbingan Kaunseling

Pilihan menu login sebagai Guru Bimbingan Kaunseling
Setelah login sebagai Guru Bimbingan Kaunseling, terdapat beberapa imej tambahan. Imej berulang login sebagai murid dan guru juga boleh dilihat di sini iaitu imej <kertas kosong>, imej <orang bertiga>, imej <orang berbaju biru>. Menu tambahan adalah seperti imej <kertas kosong ke2> mewakili evidens instrumen indeks persepsi murid, imej <kamera webcam> merangkumi instrumen pemantauan, imej <kotak hijau> mewakili skor guru penyayang sekolah, imej <kotak biru> merangkumi skor keseluruhan instrumen dan imej <orang dan kertas> mewakili analisa jenis responden.

Eviden Instrumen Indeks Persepsi Murid
Semua yang diisi secara online oleh murid mahupun guru boleh dicetak. Itupun jika ada banyak ink printer ya, haha. Sekiranya 100 responden murid membuat pengisian secara online, adakah anda akan mencetak juga borang berkenaan sebanyak 100 kertas atau sekurang-kurangnya 50 kertas (page per sheet jadikan 2). Tidak semestinya anda harus mencetak kerana inilah gunanya sistem online. Data disimpan di dalam server, dan jika mahu diakses atau dilihat, kembali buka server dan klik menu ini.


Rekod pemantauan oleh pihak PPD/JPN/KPM/Nazir
Guru Bimbingan mempunyai autoriti untuk melihat borang pemantauan yang diisi oleh pemantau. Pemantau mungkin membawa borang Lampiran 5 untuk diisi. Arahkan mereka untuk mengisi secara online, dengan itu sistem guru penyayang milik sekolah anda lengkap dengan pemantauan secara online. Untuk tujuan latihan dan demonstrasi, fungsi <Hapus Rekod> diwujudkan, klik imej <pangkah> untuk menghapuskan rekod. Terlebih dahulu, sila tik baris rekod mana yang ingin dihapuskan.

Format penghantaran tahap indeks persepsi murid ke PPD/JPN jika diarah berbuat demikian.
Untuk melihat skor Indeks Persepsi Murid yang markah 45 ke atas (markah penuh instrumen adalah 60), halaman ini digunakan. Sistem akan mengira bilangan instrumen yang melebihi 45 mata dibahagikan pula dengan jumlah responden yang ada dan didarab dengan 100%. Peratus tersebut ditentukan untuk sekolah mencapai Tahap Indeks Persepsi Guru Penyayang sebenar.

Format penghantaran peratus skor keseluruhan ke PPD/JPN jika diarah berbuat demikian.
Halaman ini mungkin tidak berapa digunakan kerana ia menjumlahkan skor satu persatu instrumen yang dijawab oleh murid dibahagi dengan jumlah keseluruhan dan dijadikan peratus. Halaman ini diwujudkan kerana ada sesetengah yang ditaklimatkan di PPD masing-masing mengatakan bahawa ini adalah Tahap Indeks Persepsi Murid sedangkan mereka memberi taklimat yang tidak tepat formulanya. Untuk mencari Tahap Indeks Persepsi Murid sebenar, kita perlu mencari :

  • Bilangan instrumen murid yang mempunyai skor 45 ke atas. Katakan ada 5 rekod dijumpai
  • Bilangan 5 di atas dibahagikan dengan jumlah responden. Katakan jumlah murid yang menjawab untuk bulan berkenaan adalah 20 orang.
  • Nisbah 5/20 didarabkan dengan 100%. Kita akan dapat 25%.
  • Semak kategori 25%, ia jatuh dalam kategori mana.






0 ulasan:

Catat Ulasan