Akaun Murid

Login sistem guru penyayang
Secara default, akaun murid dalam demonstrasi sistem guru penyayang online di http://demo-gurupenyayang.teknologihijau.net adalah seperti berikut : ID : murid Password : 123

Lebih daripada 1 akaun murid boleh digunakan secara serentak. Ini bermaksud, apabila ada 20 orang murid hendak mengisi instrumen indeks persepsi murid online ini, semua boleh mengakses sistem dalam 20 komputer yang berbeza dan boleh mengisi serentak.

Di dalam sistem guru penyayang, murid-murid boleh:

  • mengisi soal selidik Instrumen Indeks Persepsi Murid secara online
  • mengisi soal selidik Instrumen Penilaian Keberkesanan Program Mentor Mentee (Mentee)

Instrumen Indeks Persepsi Murid Online
Gambarajah di sebelah menunjukkan borang indeks persepsi murid secara online. Terdapat 15 item seperti mana tercatat dalam borang manual. Murid perlu mengisi semua medan yang masih belum diisi. Murid boleh merujuk gambar sekiranya tidak memahami satu-satu pernyataan. Pengiraan skor adalah automatik. Sekiranya murid melihat markah mereka rendah lantas mereka mengubah respon mereka dalam satu-satu item, soal selidik dianggap tidak adil. Medan skor perlu dihidden untuk tujuan ini jika kejadian di atas berlaku.

0 ulasan:

Catat Ulasan