Akaun Guru

Login sistem guru penyayang
Secara default, akaun guru dalam demonstrasi sistem guru penyayang online di http://demo-gurupenyayang.teknologihijau.net adalah seperti berikut : ID : guru Password : 123

Lebih daripada 1 akaun guru boleh digunakan secara serentak. Ini bermaksud, apabila ada 40 orang guru hendak mengisi instrumen pandangan guru online ini, semua boleh mengakses sistem dalam 40 komputer yang berbeza dan boleh mengisi serentak.

Di dalam sistem guru penyayang, guru-guru boleh:

  • mengisi soal selidik Instrumen Pandangan Guru secara online
  • mengisi soal selidik Instrumen Penilaian Keberkesanan Program Mentor Mentee (Mentor)

Instrumen Pandangan Guru Online
Gambarajah di sebelah menunjukkan borang pandangan guru secara online. Terdapat 6 item seperti mana tercatat dalam borang manual. Guru perlu mengisi semua medan yang masih belum diisi.  Pengiraan skor adalah automatik. Sekiranya guru melihat markah mereka rendah lantas mereka mengubah respon mereka dalam satu-satu item, soal selidik dianggap tidak adil. Medan skor perlu dihidden untuk tujuan ini jika kejadian di atas berlaku.

0 ulasan:

Catat Ulasan